Ketam Masak Kam Heong

Resepi oleh @chesayang_kitchen..
600
kcal
50g
Protein
30g
Karbo
25g
Lemak
Hidangan
1x

Bahan-bahan

11kg ketam
2Serbuk kunyit
3Garam
4Minyak untuk menggoreng
52 biji bawang merah
62 cm halia
73 ulas bawang putih
82 sudu makan udang geragau atau udang kering
9Sedikit air
10Daun kari
112-3 sudu makan pes cili
122-3 sudu makan serbuk kari ikan
131 sudu makan sos tomato
141 sudu makan sos cili
151 sudu makan sos tiram
161 sudu besar kicap lemak manis
17Hirisan cili padi (pilihan)
18Daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan

Cara Penyediaan

1
Lumur ketam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng hingga masak dan agak merah kegaringan. Angkat dan ketepikan.
2
Kisar bawang merah, halia, bawang putih bersama udang geragau atau udang kering dan sedikit air.
3
Dalam kuali, panaskan minyak gorengan ketam tadi, masukkan daun kari dan goreng hingga naik bau.
4
Masukkan bahan kisar dan pes cili, masak hingga kering.
5
Tambahkan serbuk kari ikan, sos tomato, sos cili, sos tiram, dan kicap lemak manis. Masukkan sedikit air dan masak sehingga kuah pekat.
6
Jika suka pedas, masukkan hirisan cili padi.
7
Masukkan ketam yang telah digoreng dan gaul sehingga semua ketam disaluti dengan kuah.
8
Hidangkan dengan taburan daun bawang atau daun ketumbar.

Soalan Lazim

4 Soalan
Berapa kalori dalam Ketam Masak Kam Heong?

Anggaran nutrisi untuk Ketam Masak Kam Heong ialah 600 kalori, 50g protein, 30g karbohidrat, 25g lemak. Nilai ini dikira daripada bahan-bahan dalam resipi dan boleh berubah mengikut saiz hidangan.

Apakah bahan utama Ketam Masak Kam Heong?

Antara bahan untuk Ketam Masak Kam Heong: 1kg ketam, Serbuk kunyit, Garam. Keseluruhan 18 bahan disenaraikan penuh di atas.

Berapa langkah untuk menyediakan Ketam Masak Kam Heong?

Ketam Masak Kam Heong disediakan dalam 8 langkah, bermula dengan menyiapkan bahan dan diikuti proses memasak. Langkah penuh ada di atas.

Siapa pencipta resipi Ketam Masak Kam Heong?

Resepi ini dikongsikan oleh @chesayang_kitchen di TikTok. Juadah.my menyenaraikan bahan dan cara penyediaan dengan kredit penuh kepada creator asal.

APA PENDAPAT ANDA?

Kongsi pengalaman anda dengan resepi ini

Belum ada penilaian

Tanya Komuniti

0 Soalan

Tiada soalan lagi. Jom tanya!

Caramel Banana Puff
Che Sayang Kitchen
Che Sayang Kitchen

Caramel Banana Puff

2024
Nasi Lemak Sotong
Che Sayang Kitchen
Che Sayang Kitchen

Nasi Lemak Sotong

2026
Roti Kukus Pandan Kaya
Che Sayang Kitchen
Che Sayang Kitchen

Roti Kukus Pandan Kaya

2024

Juadah Berkaitan

Nugget Balado
Hamdan Mubarak
Hamdan Mubarak

Nugget Balado

2025
Telur Mata Cili Padi
Hamdan Mubarak
Hamdan Mubarak

Telur Mata Cili Padi

2025
Nasi Goreng Cerdik
hazwanramli
hazwanramli

Nasi Goreng Cerdik

2024